RSS
Hello! Welcome to this blog...

PENENTU!




Rasanya sgt lama tak post apa2 untuk blg nih. actually xder bendA yg ingin dilakarkan...

as semua bloggers a.k.a my fren menulis hampir sama tajuknya: EXAM!

same with me...ya xam makin hampir dan esok tamatlah STDY WEEK... my xam 23 April-Mikrokom, 5 May-Molecul Bio... 6 May- Photography....12 MAy theses VIva so, this is my last xam for my degree level...

oleh, itu....ingin di sini ak memohon Maaf atas segALA salah dan silap kepada semua rakan2 atau sesiapa saja yg mengenaliku...Dipohon jua dihalalkan segalanya... Diharapkan rakan2 n semua, dpt doakan kejayaanku di final xam ni..n InsyaAllah dpt teruskan cita2 untuk menyambung pengajian di peringkat MASTER SAINS POLITIK nanti. AMIN.
buat rakan2 seperjuangan, salam kejayaan diucapkan. semoga kalian tenang, mudah dan cemerlang dalam peperiksaan ini...InsyaAllah..


oleh itu blog ini akan " bercuti" buat sementara hingga pertengahan mei 2009....SalamX.

Minggu mesra Mahasiswa UKM 2005


imbauan semasa ak mula2 memasuki UKM pada 2005...












Telah Tiba Masanya...

telah tiba masanya untuk byk perkara minggu ini....

Minggu ini telah tiba masanya untuk aku menghantar tesis....setelah hampir setahun menjalankan kajian..kini aku berserah pada yg Esa...A atau tidak..hanya doa dan harapan yg dapat dipanjatkan.... sedikit menggentarkan...Viva dengan Prof.Emeritus. Dato` Dr. Latiff..hurm....perlu persediaan yg tinggi nampaknya....

Minggu ini telah tiba masanya ak menukar internet broaband maxis aku ke celcom broadband....hurm...dlm tempoh percubaan.


Minggu ini telah tiba masanya untuk ak membuat persediaan final xam... selepas ini aku akan tamat pengajian sebagai graduan Biologi..

Minngu ini telah tiba masanya untuk barisan nasional membuat pembaharuan dlm semua parti komponennya setelahkalah 2-1 kepada pakatan rakyat.....

apapun jua..segalanya akan ada permulaan, dan apabila tiba masanya...akan juga ada pengakhiran...
dikesempatan ini, aku memohonmaaf kepada smua rakan dan taulan yg jauh atau dekat..atau sesiapa sahaj ygtelah terguris hati oleh kelakuan ku...mudah mudahan kita semua akan sentiasa bahagia dan dirahmati...

buat rakan2 seperjuangan..selamat menempuh alam pepriksaan...buat rakan final sem....segala kenangan akan terpaut dlm lipatan sejarah hidupku...raut wajah....titisan air mata ..gelak tawa menjadi rakaman untuk ku kenang hingga bila2...

Kata-kata Hikmah Dariku....



Teori RAHMAN sudah sampai penghujungnya?



ESOK Insya Allah Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri yang baru, PM yang ke-6. Suka atau tidak, rakyat Malaysia ada hak untuk menyatakan pendapat.

Saya melihat dari satu sudut, Teori RAHMAN yang di sebut oleh seorang penulis politik tersohor Syed Hussien Al Attas yang meramalkan tentang PM-PM Malaysia.

Jika esok Najib dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-6, maka lengkaplah teori RAHMAN. R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj)A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak)H : Hussein (Tun Hussein Onn)M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)A : Abdullah ( ramai yang pernah meramalkan A adalah untuk Anuar Ibrahim)N : Kemungkinan besar adalah Najib (atau mungkin ada N lain?) Persoalannya, Siapa selepas Najib? Mungkin kah Najib merasa kerusi PM? Mungkinkah benar teori Najib PM terakhir kerajaan BN?

Mungkinkah PM adalah PM terakhir Malaysia..kerana selepas ini tida lagi sistem beraja dan diganti sistem Presiden seperti yg dilaungkan oleh pembangkang?

atau NAjib adalah pm era baru di mana teori NAJIB pula menyusul?

juga adakah Malaysia akan memasuki "zaman gelapnya" setelah berakhirnya RAHMAN?

apa jua tanggapan ..ingatlah di dunia ini semuanya TIADA KEBETULAN . Setiap yang berlaku PASTI ADA SEBAB dan MUSABABNYA...mesti ada ATURANNYA...ADA AKIBATNYA MALAH ADA PENYEBABNYA dan FAKTORNYA...

Teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya...?

Permata Mahkota



Permata Mahkota. itulah nama bagi Pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor yang baru di Bandara NUSAJAYA , ISKANDAR, Malaysia.

Kompleks yang terletak di kawasan seluas 128 hektar itu dibangunkan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama merangkumi Dewan Undangan Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dataran Mahkota dan pelbagai pejabat kerajaan negeri seperti foto-foto di atas.




Fasa kedua mengandungi masjid, kediaman pegawai dan kakitangan kerajaan negeri manakala fasa ketiga melibatkan pelbagai pejabat Kerajaan Persekutuan yang selama ini terletak di Wisma Persekutuan di Jalan Ayer Molek.

Kini, kebanyakan unit dalam Pejabat Menteri Besar Johor terutama Dewan Undangan Negeri Johor. DUN Johor ini akan bersidang buat pertama kalinya pada April nanti.

Pusat pentadbiran baru ini melalui beberapa sumber akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar , Sultan Johor pada pertengahan april ini.

Perjalanan kira-kira 25 KM dari Bandaraya Johor Bahru akan dipermudah dengan bebreapa sistem pengakutan antaranya Teksi Air yang bertolak dari jeti Teluk Danga (Danga BAy) dan juga pembinaan sistem Monorel JB. Perjalanan ini mengambil masa hanya 15 minit ke Puteri Harbour di Pusat Pentadbiran ini.

Pusat ini merupakan hasil inspirasi dari terbinanya PUTRAJAYA. Bangunan sultan Ibrahim yang merupakan bangunan asal Pejabat Menteri Besar aka di jadikan Bangunan Unik Negeri (Bangunan /Monumen Warisan)



*gambar-gambar di atas adalah gambar yg diambil secara dalam talian dan di ubahsuai oleh Ebby`s Art untuk kesesuaian blog ini*
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy