RSS
Hello! Welcome to this blog...

OBama , Perubahan & Harapan



Obama kini telah pun sah secara rasmi sebagai Presiden Amerika ke-44. Dalam ucapannya yang pertama sebagai Presiden US, beliau menyatakan bahawa akan mewujudkan hubungan serta harapan yang baru dan baik dengan negara islam serta akan berusaha memulihkan imej Amerika yg begitu tercalar di bawah pentadbiran Presiden "Perang" george Bush .

apa yg diperkatakan oleh beliau merupakan satu titik bermulanya suatu harapan baru kepada perubahan atau "CHANGE" yg menjadi slogan kempennya dalam pilihan raya presiden tahun lau. memang tidak dapat dinafikan kewujudan Amerika sebagai polis dunia banyak mempengaruhi pergerakan politik dunia , malahan ekonomi sekecil-kecil ekonomi sebuah keluarga.

sedar atau tidak, walaupun mungkin ramai yg tidak ambil peduli hal ini, kepincangan yang berlaku di Amerika dalam erti kata ekonomi amat mempengaruhi kehidupan kita. kelembapan ekonomi AMerika telah menyebabkan ramai pekerja diberhentikan malah turun menyebabkan pertumbuhan ekonomi Malaysia di jangka tidak dapat mencapai sasarannya tahun ini.

Selain itu, legasi yang ditinggalkan oleh presiden sebelum ini, perlu diubah dalam konteks hubungan dengan negara ISLAM. jika hal ini dapat dipulihkan keamanan sejagat dapat dicapai kerana kita hendak atau tidak perlu berharap dan berdoa agar Amerika dapat memberi suatu perubahan terhadapt dasar luarnya yang begitu prejudis terhadap negara islam. Tidak guna kita bermusuh selagi jalan berdiplomasi masih wujud.


 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy