RSS
Hello! Welcome to this blog...

keaJaiban Milik Tuhan


Kini tesis ak sudah nak masuk bab 4...cuma perlu rub beberapa spesimen dengan SEM @ scanning electron microscope....huh..byk betul kena dbuat...Tajuk tesis ak Kajian Ultrastruktur Rafflesia di semenanjung Malaysia... ak kene kaji beberapa bahagian Rafflesia..iaitu ramenta (seolah bulu pada dinding dalam Rafflesia) dan lobus perigon (kelopak bunga Rafflesia)

kat bwh ni bebrapa hasil kajian ak terhadap beberapa spesies yg ada di semenanjung Malaysia:

....walaupun sekejap.....


hurmm...lama x menulis blog nih, actually, ak agak bz dgn tesis n kurang sihat....n after a month, ak blk ke Kluang on friday night...a trip started from kajang n end up at kluang around 3am....so kiranya ak berada d rumah xlah lama pun...plus minus around one day..hehe..

but, dpt jumpa fam, tersayang memberi harapan n semangat baru..lama betul x tidur di bilikku yg penuh fantasi hehe..makan masakan ibu....fried macroni (mcm slh eja jew)...menonton movie..n jejalan di bandar kluang..hurm..ya there are no place like home....my hometown....a middle in Johore....Kluang..a Bat Town...

walaupun sekejap..byk yg ak lakukan.....pepagi sabtu dh bgn..tgk laptopku yg baru my mum hantar upgrade...then tgh hari kelauar ke town cari hadiah besday for my two best fren...HuH, susah btol cr hadiah diaorg nih...becoz there are twin..so my TWIN BEST FREN wait for the suprise this 4 March hehehe....

Which one is SHYzuan n SHYdee????hahah


then, malam tuh, menonton upin n ipin di Kluang parade with my Mummy n Mak tok.....actually ingatkan nk tgk ptg, tp diaorg nk sgt tgk hasil karya anak malaysia wat kartun ....huhu....

n paling menggembirakan, my mum nk blikan laptop br in april nanti..n i had decide to buy Hp Entertainment Note book....mula2 nk bli MacBook. but tak jd coz, bila rosak susah nk n setel hal nih...

cuma, cuti weekend nih tak dpt jumpa my little bro..pp...coz dia pi trip ke JB tgk festival layang2.....for him ...gud luck in exam this monday..haha...

lupa lak....for my Old School.....KLUang High School ....which my life n glory start here....as promise....Bakti Siswa II, kolej Tun Hussein Onn, UKM dah pun bli satu set desktop with a 3 In one Printer for school Hostel..

hoho...neway. for all my friends.....lets pray for me...coz i have to done my thesis n InsyaAllah to further my stdy.....in Master....Amin....

c u next tyme....

A meaningful day.....


Semalam...around 3.30pm ak buat keputusan untuk ubah plan aku keluar dgn my bestfren..Shydee dari ptg khamis ke ptg smlm...rabu..


so..after 2 months x bersua dengan shydee, rasa x sabar nk dengar cerita dr dia...hows his life going on ...neway, last jumpa in november..time ak, shydee, kimy n nada n also my little bro pp ke genting...

so, around 4.30 i arrived at mid valley, but shyd he sad that dia dh sampai..i asked him to buy the movie ticket first as i`ll be late..lgpun we had decide to watch The Curious Case Of Benjamin Button...which had been nominated in Oscar in 13 aspects......i called him, said that ak dh sampai.....dia kata dia in tOilet hahah..tgh ehm2...n blum bli tiket lagi...so aklah yg pi bli... dh bli around 5.15pm..shyd tak muncul2 lagi...call lg dia, dia ckp otw2....vr kuar toilet...wah lama gler...

n finally, he`s arrived...ak ckp lama gler "melabur" n he said...sebenarnya dia pi cari hadiah besday ak.....(a belated birthday )...wah...terharu gler....actually, shydee is the most of my bestfren yang sgt suka wat suprise n wat ak terharu....wah.....frenshp is wonderful...
Hadiah Besday dr Shydee HuHUahau..Tq Dude!

then we enter the GSC watch the movie......mula2 ingat mcm slh masuk hall...sebab dr mula mcm xder kaitan jer dgn tajuk..siap cek tiket lagi haha...but hall ni memang betol..maybe the intro a bit slow.....

bila dh masuk isi pentingnya...wow...!!!! ayat2 yg diucapkan dlm movie nih sgt mendalam...x pernah ak tgk movie yg english yg mcm nih....so touching.....very meaningful.....jln criter yg sgt best...semuanya jalan cerita diadun dgn baik....

nih petikan sinopsis movie nih dr official website of this movie...


" iWas born under unusual circumstances"
And so begins “The Curious Case of Benjamin Button,” adapted from the 1920s story by F. Scott Fitzgerald about a man who is born in his eighties and ages backwards. A man, like any of us, unable to stop time. We follow his story set in New Orleans from the end of World War I in 1918, into the 21st century, following his journey that is as unusual as any man’s life can be. Directed by David Fincher, “The Curious Case of Benjamin Button” is a time traveler’s tale of the people and places he bumps into along the way, the loves he loses and finds, the joys of life and the sadness of death, and what lasts beyond time.

for this ,movie ak bg 5 star over 5 star....


after watched the movie....kitaorg ke Burger King n have a dinner...so kitaorng berbual hampir 1 jam setengah......byk benda yg dibualkan..byk jugak yg leter shydee hahah...

then around 9.30pm ak naik ktm kembali ke UKM..

this is very meaningful day....

Bukan mudah menjadi Diriku...



created by:
SINCE 2002

A final Sem.....Menggamit Memori...Part 1


This is my Final Sem as a degree student in UKM....insyaAllah will futher stdy ini Political Sc..in JUne 09.

So..dh hujung2 sem nih, terasa apa yg berlaku semuanya sgt memberi kenangan abadi...ya..after this no More campus life...with frens..laughing, crapping etc....

jd ak pun menempah sebuah album gambar untuk dijadikan kenangan.....album yg pertama ka tempah ialah about Festival Sanjungan Satria ....ak jd Timbalan Ketua Pengarah... So take alook ..my memorable photo album that i got from Tuyik`s Creative last night....


This Photo Album made by:
Photobucket

BeradA di Tanah yg Sama..Bernafas Dengan Udara Yg Sama.....












Hahahah....mesti korang tertanya mengapa tajuk post blog ak kali ini mcm lain macam bunyinya ...kalo x tertanya pun ak bgtawlah hahaha....itulah antara dialog popular dalam Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang....yg ak tonton bersam kwn ak Hafiz dr UM n Iman Hayat dr UTM JB.

Ya...tepat jam 6pm, ak melangkah keluar dari Panggung Sari Istana Budaya setelah hampir 3 jam menonton PGl.....Frust...itulah kata2 yg dapat diluahkan.....ba gi ak PGL siri 3 ini tidaklah begitu "BOOM" seperti yg dikhabarkan....mungkin bagi mereka yg baru pertama kali menonton will give thumbs Up! but for me no Thumbs Up..sekadar 3 star from 5star...PGl yg diterbitkan oleh Tiara di bawah Enfiniti Productions tidak mampu menyaingi Teater Muzikal keluarannya yg kedua, P.Ramlee The Musical. Aspek latar atau props, lagu2, pelakon, dialog amatlah kurang memuaskan...Props yg berulang2 dan hanya berpusing2 posisinya menyebabkan penonton yg dahagakan kejutan menjadi kebosanan....lagu2 yang yang disusun skor muziknya menarik dan bersemangat namun tampak pudar hasil dari liriknya yg agak berat bahasanya serta kurang jelas dinyanyikan....dialog juga menerima nasib yg sama hinggakan terpaksa membaca sarikata berbahasa inggeris yg disediakan..barulah diketahui apa yg diperkatakan...
Jalan cerita yang agak kosong serta meleret menunjukkan kurang kekuatan dari segi plot ceritanya seperti yg kita ketahui dari versi asal Puteri Gunung Ledang sejak kita kecil lagi..

Namun, pujian harus diberikan kepada unsur "sihir" atau "magic" yg mampu mengilangkan pelakon dan muncul pula pelakon ditempat lain...juga elemen kejutan seperti percikan api "bom kecil" di atas pentas agak mengkagumkan untuk dilakukan di pentas seni budaya ini.

apa yg ingin ak katakan disisni bukanlah ingin mengkritik namun sebagai pencinta seni budaya perlulah dilakuakn perubahan agar PGL ini dapat diangkat sebagai Teater Agung setaraf BROADWAY di US dan PHANTOM OF OPERA yg hingga kini setlah berpuluh tahun masih ditayangkan.....tidak dinafikan, sekalung tahniah dan penghargaan kepada Tiara dan angkatan PGL yg telah mengembalikan nostalgia bangsawan yg telh lama dilupakan...Kerana PGL, industri teater bertambah rancak dam menarik untuk diikuti.....Byk pementasan yg akan dilakukan sepanjang tahun 2009 ini, antaranya, Cuci, CicakMan dan byk lagi yg sudah tentu akan mengudang pelbagai reaksi...
apapun sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga kerana memiliki karya seni yg agung...


HujuNg Minggu Yang Dinantikan...


Huh....setelah bermula dari hari khamis ak menumpunkan sepnuh perhatian kepada tesis hingga lewat pagi baru nk ngorok hehehe...akhirnya the time has come today...tepat jam 3pm akhirnya ak dpt jugak menonton Teater Puteri Gunung Ledang di Istan Budaya bersam rakan-rakanku dari UM dan KL..wow...x sabar rasnya nak saksikan lagenda negara kita yang dipentaskan di pentas budaya yg kini termasyhur.

So, sape2 yang masih teringin nk menonton teater ini, jgn lupa beli cepat2 ok.....

Ckp pasal tesis nih, semua orang yg final sem tgh sibuk wat tesis dengan gelagat yg macam2. paling mencabar ialah gelgat lecturer itu sendiri...Hopefully everythings is ok.

apapun, for me, ini suatu cabaran ditambah pula dengan my supervisor yang sakit dan sedang menerima rawatan. Hope all of You can pray for him. Prof Kamarudin..Pengkaji Rafflesia terkenal.
hURM..aku juga baru dapat tahu, my ex-chemistry teacher Puan Noraini Mat Diah, sedang sakit kuar sekarang; kanser. Bagi sesiapa yg mengenali beliau terutama ex-kluang high school, marilah kita berdoa beliau cepat sembuh..


Anyway frens, wait for my update about PGL this evening......c Ya




Hampir Ke penghujung.....bahagian 1




Tarikh konvokesyen telah pun secara rasmi dikeluarkan...15 ogos 2009 hingga 19 ogos 2009...erm...maka ak hampir ke penghujung perjuanganku untuk mencapai impian ku sejak kecil mendapat ijazah sarjana muda. namun detik penghujung ini merupakan suatu permulaan kepada dunia baru yg lebih byk asam garamnya..InsyaAllah aku bermohon kepada yag Esa untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Sains Politik di UKM. Amin.

Sepanjang hampir 4 tahun aku di UKM dalam bidang Sains Biologi, byk pancaroba yg aku hadapi..malah bagi ak amat2 meberi byk pengalaman yg sangat2 berharga... ak bermula di tahun 2005 mendaftar di Kolej Tun Hussein Onn yg menjadi rumah keduaku hingga kini..merakamkan pelbagai nostalgia.

tahun pertamaku , ak diuji dengan pelbagai penyakit hingga ak terpaksa menagguhkan pengajian ditambah pula diriku yg agak "down" memandangkan keadaan kesihatan ak yg tidak memusakan ak terlepas peluang melanjutkan pengajian ak di United Kingdom bersama rakan2 sekelasku dalam bidang pendidikan kimia......sgt2 mengecewakan aku...hampir 8o% rakan2 sekelasku di High School Kluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku jua di tanah air ini....hati siapa yg tidak sedih..bukan aku tak layak, namun dugaan kesihatan aku yg tidak baik membataskan diri....hinggakan PLKN pun ak dapat pengecualian..reda jer lah ea...

tahun pertama ak dh tangguh pengajian, so automatiknya ak kurang kwn yg satu batch dgn aku..pyh jugaklah nk mulakan hidup di u nih...dhlah aku yg masih kurang bersemangat...namun dgn sokong best fren dan keluarga dan rakan2 satu program aku berjaya harunginya..berjaya mengembalikan identiti dan kekuatan aku yg pernah aku hilangkan.

ak semakin kuat dan kembali aktif seperti diriku yg sebenar sebelum ini. Alhamdulillah. Ak jugak dikurniakan ramai rakan yg baik dan byk membantu hinggalah kini... byk pancaroba yg ak hadapi.....masalah persahabatan adalah antaranya....masalah major ak di tahun 2....disebabkan gunting dlm lipatan, aku didengki dan dipulau....namun, keikhlasan adalah segalanya......dan semuanya kembali normal seperti sediakala.....terima kasih kepada Wan,ejat, siti,amir dan anis ..hingga kini kita masih akrab seperti dulu......terkadang saat2 indah masih tergambar dlm mindaku..kini semuanya bersama2 akan bergraduat...Alhamdulillah.


tidak cukup dengan tamparan si gunting dlm lipatan....ak dijuji lg dengan sahabat yg pernah ak anggap sahabat baikku....malah mungkin seperti keluarga ku sendiri.. bukan sahaja dari segi sokongan motivasi kuberi, kewangan malah mindaku sendiri diuji olehnya. sikapnya yg amat keterlaluan hinggakan ak sendiri tidak percaya dia berperilaku serupa dengan kaum luth sediri. hinggakan ak terpaksa mengorbankan kepercayaannya demi mengubahnya menjadi seroang muslim yg baik dan menggelakkannya "ditimbus Allah dengan bumi yg terbalik seperti yg berlaku pada kaum luth dahulu"....keadaan ini sgt2 menguji ak......menguji thp kekauatan diriku...aku merasakan lebih dekat bersama Allah......mungkin ini hikmahnya....

ak mulakan tahun 3 dengan lebih yakin dan bersemangat......penglibatan aku dalm semua aktivti di kampus membuatkan ak terkenang zaman sekolah aku..aku dapat menabur pengalamanku, memimpin pelbagai organisasi serta mematangkan diri dengan pengajaran dari pengalam baru yg aku perolehi. ak meluaskan kenalan aku dikalangan pelajar baru yg sudah tentunya berbeza pemikiran dan kematangan yg turut mengajar diri untu lebih terbuka dalam bekerja dan bersama mereka.....Farah,Moon,Bell,Aini,Shima,Shiqin,Merry,Farah Kecik,Yop,Zeti,ana, Wani....dan byk lagi antara ygmewarnai tahun 3ku........pelbagai masalah dihadapi seiring kematangan diri masing2......this is campus life yg kelak memang tidak akan ak lupa......Tahun 3 atau paling tepat tahun2 (sebab tangguh pengajian) turut menyaksikan rakan2ku grad kesemuanya..tersemat dikalbu utk memastikan aku menjejaki langkah mereka seterusya.....akan bersambung .............>>>>



PM terperangkap dalam lif


mcm2 yg berlaku kepada tokoh2 politik dan petadbiran tanah air kita nih...setelah isu sultan Johor ni pasal pak lah pula.

Perasmian majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya terpaksa ditangguhkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di situ.

Turut sama terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.

Disebabkan insiden tersebut, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas itu. Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.

Majlis tersebut yang sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.

Beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bekejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.

Menurut sumber, Abdullah kelihatan tenang meskipun terperangkap di dalam lif.

"Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut," kata sumber itu.

Bagaimanapun, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut.

Ketua Pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.

Ekoran kejadian itu, Abdullah tidak hadir bagi merasmikan projek tebatan banjir Sungai Damansara di pejabat tapak projek RTB Sungai Damansara petang tadi.

Berakhirnya...



tanggal 8 Februari 2009 berakhirlah sebnuah kisah yg kini telah menjadi sejarah..FESSAT -8. setelah 4 tahun ak berkecimpung dlm dunia FESSAT byk dugaan tidak kurang juga gelak tawa rakan2 seperjuangan memeriah suasana bekerja berkumpulan.

sejak FESSAT 5, byk peningkatan dilakukan tahun demi tahun, perubahan demi perubahan mengikut arus kehendak mahasiswa khasnya yg semakin berpikiran out of the box.

tidak dinafikan adajuga cacat cela yg berlaku dlm FESSAT kali ini tidak kira dalam aspek apa juapun tahniah dan syabas diucapakan kerana anda semua mampu memikul bebanan yg lebih berbanding pelajar yg lgsg tidak memberi sumbangan.

inilah suatu latihan utntuk masa hadapan...kebolehan bekerja dlm team, berkomunikasi dengan pelbagai pihak, membuat keputusan penting yg mempengaruhi semua pihak bukan boleh didapati dengan membaca buku di dalam kamar indah....hakikantya, "field work" itu lebih memberi impak yg besar terhadap pemikiran seseorang malah cara dan gaya bekerja kelak.
jika kita tidak involve dalam hal2 sebegini kelak kalian akan bagai monyet mendapat bunga apabila kalian bekerja dan berjawatan nanti.

di kala itu tiada lagi penyesalan, alam kampus yg penuh dengan byk peluang telah terlepas. seharusnya para mahasiswa yg baru terutama para junior bijak mengguna peluang untuk menambah pengalaman diri kerana hidup bermasyarakat tidak sama seperti hidup dengan buku. ilmu yg perlu dicari bukan sahaja dalam kuliah atau buku tapi pergilah berhijrah, bertanya walau sejauh mana sekalipun.

ingat, dalam setiap perkara yg dilakukan, ikhlaskan diri kerana hadiah keikhlasan tidak ternilai oleh kata2.

akhirnya, semoga FESSAT -9 2010 lebih berjaya dr yg terdahulu. buat semua junior, belajarlah dr kesilapan, tingkat keikhlasan dan kekuatan serta bykkan pembaikan soft skill anda jika ingin berjaya kelak.

World's youngest professor ever


SHE could already read when she was 8 months old. She was accepted into the State University of New York at Stony Brook when she was 10 years old, and at 14, she received a BSc in Applied Mathematics, the youngest female graduate in United States history.

She received her MSc from Drexel University in Philadelphia at 17, and at 18, a PhD in Material Science from Drexel.

At the same age, the now 20-year-old Alia Sabur broke a record that had stood for nearly 300 years when she was appointed Professor of Nanotechnology at SUNY Stony Brook.

Previously, the youngest person ever to be appointed professor was Colin Maclaurin, a friend of Sir Isaac Newton, who was 19 years and 7 months old when he was appointed Professor of Mathematics in 1717.

Alia is now a full-time professor at Konkuk University in Seoul, South Korea.

But Alia is not only a brilliant academic, she is a gifted clarinetist. When she was 11 years old, she performed Mozart's Clarinet Concerto with pianist Ling Lang, and as a teenager, she performed with rock band, Smash Mouth.

On Saturday, this unique young woman will give a talk on effective studying and maximising one's potential at the Corus Hotel, Kuala Lumpur. She takes our questions first.

Q: What is your favourite subject and why?

A: I love Mathematics and Physics. It's interesting to see how things work, and with Physics, I'm always fascinated why something is this way and not that.

Q: What is your secret to success?

A: There's no secret in that sense. During my talk, I will try and share what helped me to gain success, but there is no magic formula. Just do whatever you do to the best of your ability. If you're weak, you just have to work harder and try studying more.

Q: How do you deal with stress?

A: I've never had stress because I was doing what I wanted to do. I love learning new things and I make sure I excel in everything I do. In fact, I don't have much stress because I sleep a lot and put aside some time to relax.

Q: What are your future plans?

A: I'd like to be able to do everything. Right now, I'm writing a book about myself that will be out some time next year. I also want to pursue my music career and perform more classical concerts. Besides that, I want to teach as a professor in other countries. My stint at the Konkuk University is just about over and I'll be returning to the States soon. I like to have a lot of things going on. It keeps me going.

Q: Here you are, a woman and the youngest professor in the world. But there are women in places like Africa and the Middle East who can't get a decent education. What are your thoughts on this?

A: I think it's terrible and unfair for women to be in this situation. I have never understood why things have been that way for some women. I would like to travel to those parts of the world and maybe help them understand why education is important for women.

Sejarah di Sabah berulang di Perak?


Apakah Sejarah Politik Sabah Berulang Di Perak?


Oleh Newmond Tibin

KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) -- Selepas 15 tahun, sebuah sejarah politik Sabah nampaknya berulang di Perak.

Kedua-dua negeri terjerumus ke dalam kegawatan politik selepas parti-parti yang menang meraih majoriti tipis.

Perak terbabit dalam kecelaruan politik semalam berikutan tindakan dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-duanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan diri sebagai Adun bebas.

Dengan perkembangan terbaru ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, mempunyai 30 dari 59 kerusi dewan negeri dan Barisan Nasional (BN) 27 kerusi.

Dalam keadaan berlakunya perubahan suasana politik, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa mengambil tindakan drastik dan yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan mengumumkan pembubaran dewan negeri sebelum mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan gagal mendapat perkenan tersebut ketika tersebar berita bahawa BN telahpun menguasai negeri Perak selepas tiga Adun PKR termasuk Datuk Nasaruddin Hashim (Bota), yang melompat ke PKR baru-baru ini, dan seorang Adun DAP Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri keluar dari parti masing-masing dan menyokong BN.

Ramai melihat ini sebagai ulangan peristiwa rampasan kuasa dan sejarah di Sabah selepas pilihan raya negeri 1994.

Dalam hal Sabah, kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu, di bawah penyandang jawatan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, meraih kemenangan tipis 25-23.

PBS mendapat 25 kerusi sementara BN menawan 23 dari 48 kerusi negeri ketika itu (kini ditambah kepada 60 kerusi).

Kegembiraan itu tidak bertahan lama bila beberapa hari selepas itu tiga Adun PBS - Datuk Lajim Ukin, Datuk Rubin Balang dan Adun yang dilantik Datuk Zaini Isa melompat ke BN.

Beberapa Adun lagi turut melompat selepas itu, kerajaan PBS tumbang dan buat pertama kali seorang anggota UMNO Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. Kerajaan PBS pada penggal keempat hanya bertahan selama dua minggu sebelum ia ditumbangkan.

"Saya fikir ada persamaan dalam peristiwa yang membawa kepada tumbangnya PBS dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

"Kedua-dua kerajaan negeri tidak dapat bertahan lama oleh kerana berlaku perebutan kuasa akibat majoriti tipis di dewan undangan negeri masing-masing," kata Cyril Yansalang, bekas setiausaha perhubungan awam kepada Pairin.

Tidak seperti di Perak, beliau berkata Pairin mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah 14 Mac, 1994 dan menunjukkan di Sidang Akhbar di Sri Gaya, di sini dokumen perisytiharan DUN Sabah yang dikatakan ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri.

Bagaimanapun, Cyril berkata beliau masih ingat dengan jelas bahawa Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Mohamad Said Keruak menafikan telah menandatangani sebarang dokumen, yang memberi laluan kepada gabungan BN mengambil alih kerajaan negeri.

"Tetapi, yang menarik tentang episod ini ialah Pairin, selepas mengambil kira kepentingan negeri dan rakyat, meletak jawatan dan menyerahkan kuasa sebagai Ketua Menteri Sabah kepada penggantinya - Sakaran secara cukup 'gentleman'.

"Mereka berjabat tangan dan senyum pada majlis penyerahan kuasa. Saya diberitahu oleh Pairin bahawa beliau tidak mahu negerinya kacau bilau.

"Sebaliknya, beliau meminta penyokongnya bertengang dan membolehkan peralihan kuasa yang lancar," katanya dan menambah "beliau benar-benar menyanjungi Pairin kerana pengorbanannya pada ketika itu".

Cyril berkata Pairin jelas merupakan ahli politik yang bijak dalam erti "beliau mengutamakan kepentingan negeri dari kepentingan diri atau partinya.

"Beliau (Pairin) menyahut cabaran menjadi pemimpin pembangkang di dewan negeri sehingga PBS menyertai semula BN pada 2002, dan sekarang beliau memengang jawatan Timbalabn Ketua Menteri," kata beliau.

Cyril harap Perak akan memmpunyai sebuah kerajaan yang stabil tidak lama lagi sepertimana yang dinikmati oleh rakyat Sabah.

-- BERNAMA

Relevannya Keputusan SUltan Perak...


Baru sahaja sebentar td Pejabat Sultan Perak telah mengeluarkan kenyataan media berhubung perlunya MB Besar Perak Ir. Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB Perak dan seterusnya membolehkan BN membentuk kerajaan negeri baru.

walaupun beliau telah memohon perkenan sultan bagi membubarkan DUN tetapi perkara tersebut tidak diperkenan. Hal ini boleh dilihat dari beberepa perspektif dan implikasi:

1. Jika Pilihan raya DUN diadakan, hal ini akan menyebabkan rakyat Perak perlu keluar semula untuk mengundi kesemua ADUN baru. Keadaan ini sudah tentu akan menyukarkan rakyat itu sendiri

2.Pilihan raya baru mempunyai byk kemungkinan antaranya, Pakatan rakyat yg terdiri dari DAP, PAS dan PKR akan memenangi pilihan raya atau BN memenangi pilihan raya. juga terdapat kemungkinan tiada pasrti yg mendapat majoriti mudah dan seterusnya perlu diwujud kerajaan campuran antara BN dan Pakatan rakyat. hal ini adalah lebih membimbangkan berbanding keadaan sekarang malah kestabilan kerajaan negeri ibarat di hujung tanduk kerana kebarangkalian untuk kedua-dua kepimpinan pakatan rakyat dan BN berkompromi membentuk kerajaaan adalah rendah.

3.Pilihan raya baru akan menyebabkan kedaan negeri lebih kucar kacir kerana semua perlu bermula dari "o' sedangkan jika hanya tampuk pemerintahan yg bertukar ia hanya melibatkan penukara "gaya atau style" kempimpimpinan dan insyaAllah kerajaan BN yg baru ini mesti berazam untuk menjadi lebih baik dari kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini atau sekurang-kurangnya lebih baik dari pemerintahan BN sebelum ini.

4. Tanpa pilihan raya baru, rakyat dapat menilai 2 kerajaan dalam seretak tanpa melakukan 2 pilihan raya. ralyat dapat membandingkan 2 kepimpinan dan sudah tentu akan menjadi kayu pengukur di PRU-13 nanti.


apapapun sebagai kesimpulan pendapat aku yg tidaklah seberapa dari seorang insan yg memerhati dari luar, keputusan sultan adalah berbalik kepada kebaikan yg akan diterima rakyat jua. thn ini genap 25 tahun baginda memerintah perak lebih lama dari kewujudan pakatan rakyat itu sendiri. Maka baginda lebih mengetahui tentang rakyatnya sendiri berbanding kepimpinan pakatan rakyat hanya tahu membuat perhimpunan dan hanya muncul di hujung masa. sesungguhnya semua ini hanya bertitik tolak dari seorang "pencanai politik" yg kononnya membuat "come back" namun apa yg dapat dilihat promosi roti canainya hanya tinggal promosi... rakan-rakan pencanai politik seperjuangan sudah mula sedar resepi roti canai yg dibuatnya dan juga mereka byk kepincangan dan oleh itu barulah keadaan ini berlaku.

akhirnya, tidak kira kini dan akan dtg siapa yg memimpin, marilah sama2 kita berdoa agar Malaysia ini akan terus dirahmati Allah hingga ke akhirnya nanti. Amin.

KENYATAAN RASMI SULTAN PERAK

IPOH 5 Feb. — Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.” — BERNAMA

Kerajaan Baru?

Nampaknya politik di Malaysia semakin menarik perhatian dengan keluarnya 4 ADUN Pakatan Rakyat dan menyokong BN di Perak.

istilah lompat parti seolah-olah menjadi perkara lumrah dalam politik kini walaupun sgt asing sblm ini. di sini kita dapat melihat bahawa, persehaman antara semua org dlm suatu organisasi amat penting malah keikhlasan dan ketulenan semangat kepimpinan poltik juga tidak boleh diabaikan.

bagi aku sebagai seorang mahasiswa yg masih belum layak untuk menyertai mana2 parti..namun jika dilihat pd awalnya, pakatan rakyat sgt yakin dpt membentuk kerajaan Malaysia pada 16 September 2008..namun hingga kini apa yg kita lihat KEYAKINAN Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan "pemimpin bermotif diri" Dato Seri Anwar yg sgt bangga dengan pelan "menakluk" PUTRAJAYA bertukar penjadi sejarah hitam dalam rentetan kepimpinan beliau apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang dlm masa 11 bulan.

di sini dpt kita lihat bahawa, kepercayaan yg diberi rakyat tidak boleh di salah guna dengan lompat parti.....

hal ini dpt dilihat apabila ADUN yg keluar dr PKR dan DAP tidak menyertai mana2 parti dlm BN namun bertindak sebagai Bebas. dan Adun BOta yang keluar dr UMNO dan memasuki PKR kembali semula kepangkuan UMNo apabila melihat bahawa beliau tidak boleh mensiasiakan mandat rakyat.

apapun, dlm setiap tindakan sebagai pemimpin harus berfikir tentang kebaikan rakyat/golongan sasaran yg perlu dibantu atau menyokong kita. kerana pemimpin adalah org yg perlu menjadi nakhoda bagi mencorak arah masyarakat.

BLOG HINA ISLAM


BLOG HINA ISLAM!
http://syurga-islam.blogspot.com


sila baca dan sila "report as abuse"

KTHO...





Bekerja...


kira-kira pukul 2.30 petang ak tiba di stesen keretapi kajang..alhamdulillah kali x lmbt or rosak hehe....

sampai2 jer KTHO , nampak byk banner2 FESSAT tergantung....mengingatkan ak tentang satu perkara pentingyg ak perlu buat iaitu mengiklankan jamuan alumni FESSAT di web dan blog..

but the important thing ialah siapakan tugasan kelas fotografi aku berkaitan kerjaya...kerjaya yg ak pilih ialah PEMBUAT BATU NISAN..

kerjaya nih memang x ramai yg buat..almaklum, sebut shj kematian, kubur, nisan semua akan terdiam atau berfikir sejenak. apa yg penting ialah kerjaya yg dilakukan haruslah di redai Allah. tiada makna bergaji besar jika ramai yg terianiaya kerana kita...tiada gunanya jika tiang agama roboh atau tumbang tiada gunanya jika anak menjadi tanggang......apapun semua yg kita lakukan perlulah amanah n ikhlas...n the most important thing...."...jika sesuatu kaum tidak mengubah nasibnya, maka Allah tidakkan mengubahnya...

p/s: Mamu a.ka. my rumate ckp...dr tanah kita dtg ...kepada tanah kita kembali..usahka biarkan hp anda diselubungi miss call.....apada merapu jer


HEHeheh...bermadahlah pulak..lets enjoy watching the photos yg ak amik time cuti ari tu..




JAMUAN ALUMNI FESSAT

 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy