RSS
Hello! Welcome to this blog...

Ulasan PPMSI


iman's opinion on this matter:

i disagree with the gov's decision to abolish ppmsi. they shud have given it a few more years. since only NOW do we have freshly graduated teachers from many insitutions who are TRAINED for four years specifically to teach science and math in english. see how this goes for a while, then decide.

speaking of "mendaulatkan bahasa melayu", why not command ALL schools to teach in BM? why must there still be a difference in languages in the presentation of education? this will still lead to the fragmentation of our nation based on race due to language barriers

Jawapan:

Terima kasih kerana memberi komen.

Keputusan yang dilakukan oleh kerajaan berdasarkan kenyataan akhbar dan berita adalah dilakukan hasil kjian serta pendapat ramai dan golongan yang penting dalam mencorak dasar pendidikan negara.

Oleh yang demikian, adalah difahami bahawa, keputusan ini bukan hanya keputusan kabinet malah mencerminkan keputusan majoriti hasil rundingan meja bulat yang dijalan koleh KPM dgn pihak-pihak tertentu seperti PIBG, pakar-pakar bahasa, sains & matematik, ahli-ahli bahasa , guru serta persatuan malah masyarakat umu termasuk pelajar sendiri.

Memang tidak dinafikan bahawa pelaksanaan PPMSI dari 2003 hingga kini, kira-kira 6 tahun telah banyak mengubah dasar sedia ada contohnya penyediaan guru-guru untuk mengajar dalam bahasa inggeris bagi sains & matematik. Namun, apa yang penting di sini ialah para pelajar yang sebenarnya tidak dapat menunjukkan prestasi yang menggambarkan bahawa dasar ini berjaya.

Tidak boleh kita hanya bertumpu kepada guru yang mahir, namun perlu difikirkan ialah penerimaan pelajar itu sendiri. Jika guru pakar sekalipun yang mengajar tidak menjamin dasar ini berjaya kerana jika terjamin maka semua sudah semestinya cemerlang. Namun keadaan ini sebenarnya dipengaruhi oleh aspek persekitaran dan lain-lain.

sudah termaktub bahasa Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan. Bahasa yang digunakan hampir dalam semua perkara oleh majoriti rakyat Malaysia. Ini adalah salah satu faktornya.

Di samping itu, dasar ini sudah berumur 6 tahun dan kurang nampak kejayaannya berbanding dasar sebelum ini. Kebanyakan para pemuda malah mereka yg bekerja kini adalah hasil kejayaan dasar sains dan matematik di sekolah yg diajar dalam Bahasa Malaysia. Malah selepas tahun 60an, para pelajar adalah lahir hasil dasar ini. Kejayaan Malaysia kini dasarnya adalah mereka yg lahir dr pelaksanaan hal ini.

Oleh yg demikian, tiada salahnya untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri kerana kita tahu akannya, memudahkan pemahaman berbanding dasar PPMSI menggalakkan pelajar menghafal.

Bukan menolak era kemajuan yang dilanda arus Bahasa Inggeris, namun asas perlu difahami dengan betul sebelum menggapai ilmu yg tinggi. Atas kenyataan ini, kefahaman pelajar dalam asas sains dan matematik perlu dikuatkan dengan bahasa yang mudah mereka fahami...menarik perhatian mereka. Jika BI diguna, membebankan pelajar malah meggalak pelajar menghafal bukan memahami dan akhirnya lenyap selepas exam. Goyah asasnya... Atas kesedaran ini juga PPMSI dikekalkan dalam peringkat PRA-U.

Sains dan matematik hanya di ajar dalam bahasa ibunda di sekolah rendah, namun berubah di sekolah menengah.. Ingat perlu kukuh asasnya dgn benda yang mudah difahami sebagai medium pengantar; bahasa ibunda. dan tidak timbul masalah perpecahan kaum.

Jika terbaca catatan Tun Mahathir hari ini, memanglah beliau akan membantah hal ini memandangkan dsar ini adalah hasil kerja tangan beliau. Namun ingatkah kita dasar pandang ke timur yang dilaksakannya?

JEPUN contoh popular, menggunakan bahasa ibunda hingga ke Universiti. Para pelajar kita perlu membuat persediaan Bahasa Jepun sebelum melanjutkan pelajaran ke sana. Begitu juga Korea dan China. mereka negara maju di dunia (Jepun dan China. anggota G8).

Jiak diperhatikan di eropah dan barat, Jerman, malah Russia, France yang terkenal sebagai lokasi penuntut Malaysia melanjutkan pelajaran tidak terkecuali untuk belajar bahasa ibunda negara-negara tersebut.

Jika disingkap sejarah, bahasa inggeris bukanlah bahasa asal sains. Malah telah terbukti, kegemilangan sains, matematik dan perubatan kebanyakannya berasal dari tanah arab atau Islam. Kota Baghdad menjadi tempat terjemahan karya-karya islam kebahsaa latin, parsi untuk memudahkan para sarjana barat mempelajari dan menyebar ilmu.

Nah, sudah terbukti, bahasa ibunda adalah medium yg paling baik untuk memahami sesuatu perkara.

Mengapakah kita tidak belajar sahaja bahasa arab untuk mempelajari islam yg sudah tentunya berasa dari Bahasa arab bagi setiap ajarannya? kerana terjemahan dalam bahasa Malaysia memudahkan umat islam di Malaysia mempelajarinya.

Malah terjemahan dalam bahasa lain juga ada.

Kitab Bible juga terdapat dlm beberapa bahasa.

Malah novel Harry Potter juga diterjemah lebih 10 bahasa utama didunia. Mengapa?
sebabnya bahasa ibunda adalah cara terbaik mendalami ilmu. jika sudah kuat akarnya dan asasnya, di peringkat tinggi tiada masalah untuk belajar dgn bahasa lain kerana asasnya sudah kuat. Terutama dalam sains dan matematik yg menggunakan byk kefahaman, formula, rajah dan logik.

Kesimpulannya, apa jua yg dilakukan bukanlah terburu-buru namun atas dasar kehendak rakyat yg tahu apa yg terbaik untuk mereka berdasarkan fakta, bukti serta rasional.

Salam.
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy