RSS
Hello! Welcome to this blog...

"..bagaikan gila talak tiga..."


MasyaAllah....tidak ada yg dapat menggambarkan keadaan yang kurang tenteram dlm politik di negeri Perak. Begitu byk perkara atau rentetan yg berlaku setiap hari angkara kumpulan-kumpulan yang kini bagaikan hilang pedoman, bagaikan sudah " gila talak tiga".

apa yang ingin dikatakan disini, dimanakah rasa hormat dlm diri masing-masing yang selama ini melaungkan kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan, kesetiaan kepada raja, kepercayaan kepada tuhan dan DIMANAKAH KESOPANAN DAN KESUSILAAN???

sudah hilangkah semua pedoman itu dlm diri mereka? yang kini masih mengatakan mereka berkuasa??? apa yang sedang berlaku sebenarnya bagaikan sebuah drama sitkom yang hanya membuka pekong di dada mereka. Semua tindakan mereka bagaikan tidak terarah, tidak dpt membubarkan DUN, hendak menghalang ADUN pula, tidak halang ADUN, hendak buat sidang tegempar DUN...adakah mereka lupa perlembagaan negeri?.lupakah mereka kepada sultan yg memerintah negeri..adakah mereka tahun, kewajipan dalm ISlam sendiri taat kepada SULTAN. ish2, bagaikan benar kata2 pujangga...: biarkan mereka terjun dengn labu-labunya biarkan....biarkan"

sikap mereka bagaikan tidak bertamadun.bagaikan mengguna peraturan RImba ..Dewan yang begitu mulia yang mengangkat martabat rakyat serta negeri hari ini jatuh di lapangan luas angkara tamakkan kuasa dan tidak sedar diri. Sepatutnya terimalah dengan rela hati apa yang berlaku, bukankah menjaga kebajikan rakyat adalah laungan selama ini?? namun sekarang tidak habis2 memperjuangkan kerusi MB yang kononya masih dimiliki mereka....sudah nyata dan terang...majoriti tidak dimiliki mereka.....Demokrasi yang selama ini mereka katakan perlu ditegakkan nampaknya tidak boleh ditegakkan jika tidak memihak mereka..menepuk air di dulang terpercik dimuka sendiri.

Kini, ayuh semuanya duduk bersatu dan berfikir untuk masa hadapan rakyat dan negeri dan hanya bukan hendak mempertahankan JUbah Speaker, kereta Camry !
Pertahankan Negeri dan Rakyat yang kini sudah tidak tahan melihat gelagat "kanak-kanak"yang bermain mesyuarat olok2 di bawah pokok"..

Pertahankan Perpaduan,Kemajuan , Kebajikan & Rakyat...hentikan permainan ini, redalah atas segalanya....ukur baju di badan sendiri kelak tidaklah malu di seantero negeri....
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy