RSS
Hello! Welcome to this blog...

Republik Komunis Malaya !!!


Erm...rasanya sudah lebih 6 thn tidak aku menyemak sejarah komunis di Tanah Melayu secara mendalam. kalau adapun semasa belajar TITAS dan ETNIK di UKM.

Terpanggil rasanya ak memberikan pendapat peribadi dalam masa yg terluang ini di dalam ruang lingkup pengalaman, pembacaan serta pengamatan yg ak lakukan. Kini semua sedang gamat membicarakan tentang komunis, di TV, di akhbar setiap hari ada sahaj tentang komunis gara-gara Chin Peng ingin kembali ke Malaysia yang kononnya di panggil Tanah Airnya..

Terasa tersentak seketika..

Inikah yg digelar pejuang negara? Tidak di nafikan ramai org2 melayu , malahan cina juga segelintir masyarakat india mengikuti PKM semasa zaman penjajahan dahulu. Bermula dengan MPAJA yang ditaja British untuk menghapuskan Jepun dan seterusnya bertukar menjadi ganas dalam era bintang tiga hingga tamatnya dengan perjanjian Rundingan Damai Haddyai 1989..20 tahun dahulu.

Walau bagaimanapun..langkah PKM amat sumbang....lari dr objektifnya menentang penjajah ....mereka membunuh menyeksa RAKAN TAULAN, SANAK SAUDARA bahkan BANGSANYA sendiri.,,dibawah kepimpinan Chin Peng..

Beribu-ribu rakyat terseksa....ingatkah lagi kita pada filem BUKIT KEPONg arahan Jins Shamsudin..Ganas! Begitu ganas dan tidak berperi kemanusiaan langsung komunis ini! itu baru sedikit sahaj yg dipaparkan secara "VISUAL" . cubalah menyelami perasaan mereka yg masih hidup dan terseksa akibat tangan-tangan rakus yang durjana...komunis angkara Karl Max dan Pengikut setianya Chin Peng.

Ini yang dikatakan pejuang? Oh tidak sekali.. Sungguh lancang kata-kata bagi mereka yg mengalukan kedatang Chin Peng Ke Malaysia... Dia adalah punca segalanya.

Sungguh mengecewakan ada segelintir yg sSANGAT MENGALUKAN CHIN PENG untuk kembali ke Malaysia....majoriti pemimpin tinggi pembangkang kononya merasakan maaf perlu diberi kepadanya...yg bagusnya PAS sendiri menyokongnya. oh tidak sama sekali.. adakah sudah buta sejarah semua yg inginnya kembali?

Maaf? bukan kita yg berhak memaafkannya namu mereka yang telah terseksa akibat kerja tangan Chin Peng yg berhak memaafkannya.. bUKAN PKR, PAS, DAP mahupun BN.
Apakah ini penghormatan (membenarkan Chin Peng pulang) yang ingin kita berikan kepada para perajurit yang terkorban.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

namun bukan soaal maaf yg perlu diungkitkan....isu membenarkan Chin Peng untuk balik Ke Malaysia amat mengguris jiwa para pejuang negara..malah kaum kerabat mereka yg telah meninggal dunia angkara komunis malaysa yg jahanam....tidak lain yg menggerakkna keganasan ini ialah Chin Peng..

Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bekas-bekas komunis yang lain yang mendapat pengampunan. Sewajarnya kedudukan chin peng sebagai presiden perlu dilayan berbeza dari semua ahlinya....Kerana Chin Peng sudah terang lagi bersuluh semuanya kerana beliau!

Belaiu menggunakan Rundingan Damai Haadyai 1989 sebagai pltaform untuk kembali ke Malaysia...

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
  • Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Namun, hingga kini...Chin Peng tidak membuktikan beliau benar2 rakyat Malaysia..sedangkan menurut Professor Emeritus Dato` Dr. Khoo Kay Kim, Chin Peng BUKAN RAKYAT MALAYSIA atau TANAH MELAYU.

Shamsiah kemudiannya menghadapi situasi pergolakan dalam PKM sehinggalah beliau dan suaminya dipecat dari parti yang mereka anggotai itu lalu menjadi rakyat biasa di China sehinggalah berjaya pulang ke tanahair pada tahun 1994 atas keizinan kerajaan Malaysia. Kepulangannya ekoran perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dan PKM pada tahun 1989 yang bagi beliau menandakan tamatnya permusuhan 41 tahun kedua-dua pihak.

Uniknya perjuangan Shamsiah, beliau dikatakan tidak pernah pun membunuh malah menembak tentera Melayu.

“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.”

petikan di atas adalah dari buku Terbitan UKM :

20 Oktober 2008, perginya “Wanita Komunis Terakhir” – Shamsiah Fakeh jauh dari kita. Pergi untuk melengkapkan kembaranya. Pada jam 5.30 petang, diiringi dengan tangisan, jenazah Allahyarhamah Shamsiah Fakeh dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur

Peguam Chin Peng mengatakan :

PULAU PINANG 29 Mei - Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.

Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.

''Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa, setiap ahli PKM yang pulang ke Malaysia berhak mendapat bantuan RM50,000 dan elaun bulanan serta tanah untuk bercucuk tanam.

''Apa sudah jadi dengan bantuan kewangan yang dijanjikan? Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan meminta mereka menyiasat perkara ini,'' katanya.

Selain itu katanya, sebagai peguam Chin Peng, beliau telah membuat permohonan di mahkamah di sini untuk membenarkan Chin Peng pulang tiga tahun lalu namun permohonan itu ditolak.

''Semua adik-beradik dan anak-anak Chin Peng ada di Malaysia,'' katanya.

Mengenai kekejaman PKM pada masa lalu beliau berkata; ''kalau PKM dituduh bunuh banyak orang, Britain lagi banyak bunuh orang apa lagi Jepun.''

Namun apa yg ingin dikatakan, Kepulangan Chin Peng selaku PRESIDEN PKM dahulu amatlah berlainan dgn yg lainnya. Segala bentuk kekejaman adalah hasil gerakan beliau. Bahkan, boleh dipertikaikan status kewarganegraan Chin Peng yang dikatakan oleh Prof Emeritus Khoo bukan berasa dari Malaysia.

Pertimbangan hak asasi tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk menghalalkan kepulangan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, perkara itu adalah adil kerana Chin Peng dan penganut ideologi komunis tidak pernah mengiktiraf hak asasi manusia dalam perjuangannya. Chin Peng selaku penjenayah perang yang hampir menjerumuskan negara ke kancah kehancuran mesti dianggap sebagai pengkhianat selama-lamanya. Perjuangan komunis bukannya untuk mendaulatkan hak asasi kerana ia tidak pernah wujud dalam sistem mereka.

Sebaliknya merekalah puak yang telah menindas hak asasi sehingga menyebabkan rakyat menderita, jadi kenapa bila dia nak kembali kita perlu menggunakan pertimbangan hak asasi.Perjuangan mereka adalah untuk membebaskan negara dari cengkaman British untuk dijadikan salah satu wilayah naungan kerajaan komunis di China, bukannya memerdekakan negara.

Walaupun atas premis kemanusiaan tetapi fikirkanlah dosa Chin Peng dan sekutunya yang 'berperikebinatangan' menzalimi bangsa kita dahulu. Seharusnya pihak yang beria-ia mahu mengiktiraf Chin Peng sebagai wira negara bertanyakan diri mereka terlebih dahulu.

Adakah mereka benar-benar sedar diri tentang di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung? Adakah taat setia mereka kepada "tanah tumpahnya darahku" seperti yang terkandung dalam lagu Negaraku telah tumpah ke 'tanah' lain?

Jika sedar mereka bukan berkiblatkan negara China tentulah tidak akan timbul isu mahu membawa balik Chin Peng dan pengaruh komunis ke negara ini

"Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung. Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme."

Manakala menurut laporan penghakiman pada Jun 2008:

Usaha bekas pemimpin komunis, Chin Peng, 84, untuk mendapat perisytiharan supaya dibenar memasuki dan tinggal di negara ini terhalang apabila Mahkamah Rayuan memutuskan dia mesti mengemukakan dokumen pengenalan diri bagi membuktikan kewarganegaraannya.

Ini kerana, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod kelahirannya walaupun Chin Peng mendakwa dia dilahirkan di rumah kedai keluarganya di Sitiawan, Perak pada 20 Oktober 1923 manakala surat beranak dikeluarkan pada 1947.

Bekas Setiausaha Agung, Parti Komunis Malaya (PKM) itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, kini menetap di Thailand.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Sulaiman Daud sebulat suara menolak rayuan Chin Peng dengan kos.

Dia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya mengemukakan sijil kelahiran dan dokumen kerakyatan bagi membuktikan kewarganegaraan dalam tempoh 14 hari.

Mahkamah berpuas hati bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah tidak tersilap ketika mengarahkannya mengemukakan pengenalan diri terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

Dengan itu, saman pemula Chin Peng ditolak selepas membenarkan permohonan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan tiga yang lain supaya dia mengemukakan dokumen pengenalan diri bagi membuktikan kewarganegaraannya.

Abdul Malik ketika membacakan penghakiman bertulis setebal 35 muka surat berpendapat, mahkamah bersetuju dengan afidavit pegawai imigresen dan JPN bahawa Chin Peng harus menyertakan dokumen tersebut untuk pengesahan kerana ia tiada dalam simpanan kerajaan.

Bagaimanapun, Chin Peng mengikrarkan surat beranak itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Sitiawan pada 1947 telah dirampas polis.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi berhujah, pihaknya percaya dokumen pengenalan diri Chin Peng masih ada dalam simpanannya dan perlu diserahkan bagi membolehkannya menuntut kembali hak untuk tinggal di Malaysia.

Bagaimanapun, peguam Raja Aziz Addruse yang mewakili bekas pemimpin komunis itu berhujah, Mahkamah Tinggi tersilap ketika mengarahkan Chin Peng mengemukakan kertas pengenalan diri.


Walau apa jua alasan yg diberikan, tiada gunanya membawa pulang Chin peng yg hanya akan menambah luka lama serta membuat suasana Malaysia kembali berduka dan huru hara.


Al-fatihah buat pejuang negara yang terkorban semasa Perang dunia kedua, Darurat dan menuntut kemerdekaan.

 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy