RSS
Hello! Welcome to this blog...

Muharam Kembali lagi


 
image
 
Salam buat semua terutama bagi rakan-rakan yg beragama islam. Dalam beberapa minggu sahaja lagi kita akan memasuki kalendar Hijrah yang baru.
 
Sebut sahaja tahu baru, soalan2 biasa yg akan kita dengar tidak lain apa azam thn baru? adakah sudah tercapai segala azam anda pd tahun lepas?
Benda ini akan berulang kali diungkapkan tidak kira siapa pun.
 
Namu apa yg penting bukan thn baru azam kena baru tp ungkapan “ hari ini lebih baik dari semalam” perlu menjadi pegangan. Bahkan setiap muslim itu sendiri dianggap gagal jika hari2 yang mendatang adalah lebih teruk atau kurang baik berbanding hari yang telah pergi. Jika pegangan ini digunakan, maka insyaAllah kita akan beroleh manfaat walaupun perubahan ke arah kebaikan itu adalah sedikit. Tetapi ingatlah walau sebesar zahrah pun tetap dikira amalan kita oleh Allah S.W.T
 
Berbalik kepada soal hijrah yang membawa maksud perpindahan, sudah tentu kebanyakan kita tahu, pengertian yg lebih besar kini ialah penghijrahan ke arah kebaikan, kemajuan dan kecemerlangan.
 
Islam sesunggunya tidak pernah menolak kemajuan atau pembaharuan asalkan tidak menyalahi agama. Namu kini kita lihat suasana arena polotik dalam negara kita yg nampaknya kurang stabil setelah PRU-13.
 
Bermacam-macam isu yg timbul hinggakan soal doa turut menjadi isu politik. saya bukanlah bijak pandai agama, tp tidak salah memberi pendapat berdasarkan pengetahuan yg ada. seorang tokoh politik yg juga dianggap tok guru agama mengajak rakyatnya berdoa agar dijatuhkan bala kepada PM kerana tidak memberi royalti minyak kepada kelantan.
 
apa yg ingin sy katakan, berpuluh tahun si tok guru mengatakan tindakan beliau adalah berdasar Al-quran dan sunnah, adakah mendoakan keburukan kepada org lain itu menjadi kelakukan Rasulullah?
 
sudah tentu yg amat mulia Rasululluah tidak pernah berbuat demikian, malah ketika berdakwah, byk ejekan, ugutan, tindakan yg mencederakan Rasulullah berlaku, namu baginda tetap mendoakan agar umat manusia diberi petunjuk dan hidayah.
 
Doa merupakan senjata mukmin juga mungkin merupakan rahsia individu, Tidak perlulah hendak mengajak org lain berdoa utk keburukan sedangkan kita sendiri tidak maksum hingga layak untk berdoa kepada Allah agar dijatuhkan bala pada org lain.
 
Inilah akibatnya jika islam dipolitikkan. Bukan bermaksud islam  melarang politik bahkan politik itu adalah suatu cabang dalam membangunkan umat. Tetapi, islam adalah dr Allah dan tidak boleh diubah sesuka hati oleh manusia.
 
Jika ingin berpolitik , berpolitiklah tp jgn dicampur gaulkan dgn agama hingga menimbulkan kekeliruan. Fikirlah, tindakan TOk guru itu, menimbulkan rasa kurang selesa, malah boleh memecah belah perpaduan umat. inikah yg dikehendaki beliau? yg kononya menegakkan islam?
 
Imej islam bukan hanya pada serban atau janggut tetapi kepada keperibadian yang tinggi dan ilmu yang baik. Sebagai ketua, sepatutnya kita menggalakan musyawarah atau berunding, bukan menimbulkan provokasi hingga memecah belah umat, bertikam lidah, bersengketa. maka jika hal ini berterusan maka hijrah tidak bermakna, kerana kalian berundur ke belakang bagai  musuh , bagai tidak bersaudara dan berpuak.
 
Perpaduan umatlah yg memastikan Hijrah dahulu berjaya, terdirinya kota Madinah yg unggul dan semua rakyatnya berpegang pada Piagam Madiah yg ditulis.
 
Insaflah, sedarlah, jgn hanya politik peribadi, amat memalukan islam sebenarnya kelakuan ini, bagaikan islam menggalakan sumpah seranah jika tidak dpt apa yg diperolehi.
 
Adalah lebih baik ,kedua apihak duduk semeja, jika masih tidak puas hati bawalah kemuka pengidilan. Dan bukan dengan ceramah sana-sini yg hanya menyesakan jalan raya.
 
Selain itu, hijrah ini sepatutnya menjadi titik tolak kepada kita, utk memperbaiki diri , bangsa kita, dan memelihara agama kita.
 
Kita sebuah negara, tanpa salah satu bangsa kita xkan mampu berdiri. Janganlah terlampau perkauman sampai tidak habis2 mempersoal ketuanan melayu, mepersoal bahasa kebangsaan malah lebih padah lagi menggalakan pertukaran jantina.
 
Mcm2 hal lagi yg hendak dipolitik. Ingin berpesan, sebagai seorang pengundi, para ahli politik semua, jagalah amanah yg diberi, jgn hanya tahu menengking, menempelak di dalam Dewan Rakyat atau DUN, bukan jaguh debat yg dicari tetapi jaguh pembela bangsa, Negara.
 
Setakat ambil beg mesyuarat dalm DUN Penang pun , tertunjuk punggung ke arah Speaker kena digantung dewan, amat melucukan.
Jgn guna kuasa menggantung org sana sini, tetapi ingat amanah rakyat yg dipikul adalah lebih penting dari semua, Gelagat memijak gambar2 musuh2 mereka, juga membakarnya juga menunjukkan kematangan poltik yg terlibat itu amatlah rendah dari pelajar sekolah rendah.
 
Renung-renungkan, berubahlah , berhijrah kita ke arah lebih baik.

 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy