RSS
Hello! Welcome to this blog...

PoTOng! Potong! PotoNg!


 

image

baca saje tajuk entry, dah tergambar iklan P1 Wimax di Tv. Anda sudah POTONG? saya sudah HoHO.

Teknologi jalur lebar makin berkembang. Kini boleh dikatakan majoriti mahasiswa & penduduk bandar mempunyai langganan jaringan internet setidak-tidaknya dial-up 1515, 1315, ataupun eznet by TM.

Bermula dengan streamyx, kemudian wireless broadband CELCOM, MAXIS, DIGI & terkini P1 Wimax telah mewarnai dunia internet malaysia. Hasil tinjauan setakat ini, untuk langganan broadband biasa ditawarkan kelajuannya setinggi 7.2 MBps oelh Maxis. Namun, apa bezanya setiap satu penyedia khidmat broadband ini?

Nah kini PC fair kembali, maka berlawanlah mereka antara satu sama lain dlm mempromosi produk broadband masing-masing. Mahasiswa, remaja mahupun golongan pekerja masih tertanya-tanya, apakah khidmat internet yg terbaik yg perlu mereka ambil.

 

Berdasarkan pengalaman peribadi, saya telah menggunakan semua penyedia internet di atas kecuali Digi. Antara tips yg boleh digunakan sebelum memilih pakej broadband tertentu ialah:

 

  • Liputan (coverage)- hal ini adalah perkara pertama yg perlu dilakukan. tiada gunanya melanggan pakej sehingga beratus ringgit jika kawasan kediaman anda atau kawasan yg ingin digunakan broadband nanti tidak termasuk dalam coverage
  • setelah memastikan bahawa coverage bagi kwsn anda barulah melihat kepada pakej yg disediakan
  • Pakej- pelbagai pakej yg ditawarkan perlu diteliti tahap kelajuan dan bandwith yg ditawarkan. perlu diingat, kelajuan yg ditawarkan hanyalah kelajuan maksimum yang boleh dicapai dan bukannya kelajuan wajib yg anda akan dpt setiap kali menggunakan khidmat broadband tersebut. Bandwith pula ialah jumlah maksima yg diberi kepada anda bagi memuat naik atau memuat turut. jika anda telah mencapai bandwith anda, makan kelajuan internet akan diperlahankan ,ia tertakluk kepada Fair User Policy, bermakana, jika anda lebih guna, internet akan perlahan memandangkan terdapat byk lagi pelanggan lain yg masih belum melebihi bandwith mereka
  • Jenis penggunaan-jika anda seorang kaki download adalah dinasihatkan mengambil pakej kelajuan tinggi , bandwith yg tinggi. jika anda seorang pengguna internet sekadar nak buka Facebook, blog, baca berita atau jurnal, dan lite download boleh gunakan pakej yang memberi kelajuan sederhana juga bandwith yg sederhana
  • Kontrak- hal ini perlulah diberi perhatian yg serius. kebanyakan pakej hari ini, mengikat kontrak dgn anda antara 6-24 bulan. oleh itu, jika anda merasakan tidak ingin diikat kontrak terlalu lama atau langsung tidak mahu kontrak, pada kebiasaannya anda perlu sediakan wang lebih utk membeli modem broadband. Hal ini kerana, kontrak biasanya ada apabila anda memilih pakej beserta modem (modem tidak dibeli sendiri)

 

kini, saya menggunakan P1 Wimax. setelah 2 bulan , prestasi amat baik.Kelajuan 1.2MBPs dicapai hampir setiap masa dgn Bandwith 20GB cukup utk download mcm benda. Tamnahan pula ada wireless modem jadi dapat guna desktop dan laptop serentak malahan dpt layari internet dgn guna HP nokia 5800 saya.. berbanding celcom broadband yg saya gunakan, amatlah teruk servisnya. mula2 pakai dalm 1 bulan ok, masuk bulan kedua dan seterusnya, nk loading google pun lambat. Maxis broadband pula agak ok. dan sekarang maxis sudah menaiktaraf rangkaian broadbannya.

Apa yg ingin sy katakan disini, P1 Wimax bagus bagi mereka yg suka download, atau heavy internet user. kerana pakej wimax menawarkan bandwith yg agak tinggi, dan kelajuan yg maksimum (bergantung pada kawasan). P1 wimax mungkin agak terhad kerana coverage memainkan peranan. ini adalah kerana wimax adalah rangkaian 4g. jika broadband biasa, jika tiada 3g, boleh guna edge, atau gprs, tp bg Wimax tiada. oleh itu, kekurangannya ialah mungkin kurang portable.

 

apapun semua, penggunaan, bagus atau tidak bergantung pada diri anda, lokasi anda. setiap tempat atau lokasi memberi nilai kelajuan yg berbeza. so jangan bandingkan rakan yg dudyk di KL dengan Air Hitam. INternte memang tidak dpt lari dri isu KELAJUANNYA.

 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy