RSS
Hello! Welcome to this blog...

Permata Mahkota



Permata Mahkota. itulah nama bagi Pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor yang baru di Bandara NUSAJAYA , ISKANDAR, Malaysia.

Kompleks yang terletak di kawasan seluas 128 hektar itu dibangunkan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama merangkumi Dewan Undangan Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dataran Mahkota dan pelbagai pejabat kerajaan negeri seperti foto-foto di atas.




Fasa kedua mengandungi masjid, kediaman pegawai dan kakitangan kerajaan negeri manakala fasa ketiga melibatkan pelbagai pejabat Kerajaan Persekutuan yang selama ini terletak di Wisma Persekutuan di Jalan Ayer Molek.

Kini, kebanyakan unit dalam Pejabat Menteri Besar Johor terutama Dewan Undangan Negeri Johor. DUN Johor ini akan bersidang buat pertama kalinya pada April nanti.

Pusat pentadbiran baru ini melalui beberapa sumber akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar , Sultan Johor pada pertengahan april ini.

Perjalanan kira-kira 25 KM dari Bandaraya Johor Bahru akan dipermudah dengan bebreapa sistem pengakutan antaranya Teksi Air yang bertolak dari jeti Teluk Danga (Danga BAy) dan juga pembinaan sistem Monorel JB. Perjalanan ini mengambil masa hanya 15 minit ke Puteri Harbour di Pusat Pentadbiran ini.

Pusat ini merupakan hasil inspirasi dari terbinanya PUTRAJAYA. Bangunan sultan Ibrahim yang merupakan bangunan asal Pejabat Menteri Besar aka di jadikan Bangunan Unik Negeri (Bangunan /Monumen Warisan)



*gambar-gambar di atas adalah gambar yg diambil secara dalam talian dan di ubahsuai oleh Ebby`s Art untuk kesesuaian blog ini*
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy