RSS
Hello! Welcome to this blog...

Teori RAHMAN sudah sampai penghujungnya?



ESOK Insya Allah Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri yang baru, PM yang ke-6. Suka atau tidak, rakyat Malaysia ada hak untuk menyatakan pendapat.

Saya melihat dari satu sudut, Teori RAHMAN yang di sebut oleh seorang penulis politik tersohor Syed Hussien Al Attas yang meramalkan tentang PM-PM Malaysia.

Jika esok Najib dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-6, maka lengkaplah teori RAHMAN. R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj)A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak)H : Hussein (Tun Hussein Onn)M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)A : Abdullah ( ramai yang pernah meramalkan A adalah untuk Anuar Ibrahim)N : Kemungkinan besar adalah Najib (atau mungkin ada N lain?) Persoalannya, Siapa selepas Najib? Mungkin kah Najib merasa kerusi PM? Mungkinkah benar teori Najib PM terakhir kerajaan BN?

Mungkinkah PM adalah PM terakhir Malaysia..kerana selepas ini tida lagi sistem beraja dan diganti sistem Presiden seperti yg dilaungkan oleh pembangkang?

atau NAjib adalah pm era baru di mana teori NAJIB pula menyusul?

juga adakah Malaysia akan memasuki "zaman gelapnya" setelah berakhirnya RAHMAN?

apa jua tanggapan ..ingatlah di dunia ini semuanya TIADA KEBETULAN . Setiap yang berlaku PASTI ADA SEBAB dan MUSABABNYA...mesti ada ATURANNYA...ADA AKIBATNYA MALAH ADA PENYEBABNYA dan FAKTORNYA...

Teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya...?

 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy