RSS
Hello! Welcome to this blog...

English?



kini sudah mula isu baru...syarat luls spm ialah lulus bahasa inggeris? wah.... nampaknya, minda umar Malaysia sekali lagi ketuk untuk melihat sama ada relevan atau praktikalnya isu ini untuk diterjemahkan..

Semua perkara ada pro dan kontra. Isu bahasa inggeris memang hangat diperkatakan sejak PPMSI dilaksanakan. Kini isu kelulusan SPM pula ditimbulkan oleh Y.A.B TPM kita.

Jika dilihat dari kaca mata ku sebagai seorang pelajar sains khasnya, memanglah perkara ini bagi aku ok. tetapi perlu difikirkan dgn teliti. terutama bagaimana cara pelaksanaannya. Jika dilihat dr segi PPMSI ramai pelajar hanya menghafal tetapi tidak memahami apakah istilah inggeris yg digunakan dalam matematik dan sains, bahkan sudah terdapat terjemahan dwi bahasa dlm kertas peperiksaan. Belajar literature English pun sudah kedapatan buku yg dwi bahasa-inggeris Melayu. Jika masih terdapat keadaan ini , ini menunjukkan belum tiba masanya untuk melaksanakan hal ini.

Bukan menolak arus atau menongkahnya. Tetapi terbayangkah kita apa akan jadi jika hampir 30 peratus rakyat atau pelajar SPM tiadk lulus? ingin bekerja? boleh guna PMR. Maka akan melambaklah ofis boy, tukang sapu, pengangkut sampah.. dan akan kekurangan pula saintis, ahli akademik, doktor dan sebagainya. hinggakan menjadi polis juga perlu spm.

Jika diperhatikan rata-rata masyarakat melayu amnya, dan masyarakat luar bandar cukup2 makan dalam mata pelajaran ini. Bahkan Bahasa Melayu sendiri untuk dapat A pun kadang2 terlepas.

Sepatutnya pihak kerajaan menyelesaikan hal PPMSI dahulu. dan bukannya menimbulkan isu baru yg lebih memberi impak kepada negara. Selaisakan PPMSI dan barulah di utarakan hal ini.

Bukankah kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan negara ingin mengurangkan penialaian berdasarkan exam? jika Bahasa Inggeris dijadikan syarat lulus, maka ramai yg akan membeci bahasa inggeris kerana belajar terpaksa. Dan lepas exam akan lupa .

sepatutnya penilaian secara lulus spm untuk menaikkan taraf bahasa inggeris pelajar tidak dilakukan. Hal ini kerana, guru sendiri tidak bersedia. terjaminkah guru-guru ini termampu melakukannya ? sedangkan sains pun dicampur baur bahasa melayu, Powerpoint Inggeris , ajarnya melayu, Exam pula dwi bahasa...di mana relevannya?

jgnlah mengejar sesuatu yg belum bersedia untuk kita milikinya. jika tidak bagai tikus membaiki labu. Tingkatkan kemahiran guru, tambahkan kepakaran dan pelbagaikan teknik barulah boleh berfikir dan berangan menjadikan masyarakat Luar Bandar sebagai fasih berbahasa inggeris..

Bukan mengutuk atau membantah membabi buta..tapi fikirkanlah natijahnya..renungkan..
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy