RSS
Hello! Welcome to this blog...

The Old Dayz


Hari ini ak dan family ke Sekolah Tinggi Kluang. Disambut oleh para pengawas n unit beruniform para guru....dengan persediaan dewan sekolah yg cantik ...

namun bukan untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang sekolah tetapi Majlis Perkahwinan anak bekas Pengetua ak dahulu Tuan Hj. Wahid Bilaji. menjejejakkan kaki ke sekolah ini sebagai jemputan majlis sgt memberi kenangan serta mengimbau kembali saat2 gemilang semasa di sana dahulu...bertegur sapa dengan para guru yg hampir semuanya mengajarku dulu... berada di sini walaupun sekejap cukup berharga...berjumpa dengan para junior yg juga merupakan peserta bakti siswa menunjukkan program tersebut masih segar dlm ingatan... kiriman sms diterima setelah habis majlis..."abg ab doakan saya berjaya dlm xam, kirim salam kepada abg2 dan akak2 yg lain...." jelas menunjukkan segalanya..huhu

programku seterusnya bergerak ke Kluang Mall untuk berjumpa dengan rakan2 lama, jijul, pakmat n tidak ketingglan sue n fateen... Duduk minum petang di Secret recipe murapakan saat yg menggembirakan...bukan mudah kini nk berjumpa semula...jijul di melaka dengan perubatannya..pakmat sudah mula bekerja n ingin mengambil kursus atau lesen keselamatan di Niosh..sue akan pulang ke Maktab di kelantan dan Fateen akan ke USM untk menyambung master..

masing2 berbual pasal majlis perkhwinan anak Hj.wahid...as usual semua duk bercerita pasal masa depan...now semua di persimpangan peralihan umur dan hidup ke dewasa..

anyway....after that selepas solat asar bergerak ke BIg cinemas..untuk menonton movie Blood yg diadaptasi dari anime.. 2 star diberi..memandangkan movie tersebut agak kurang logik dan terlampau beranimasi walaupun dilakonkan manusia...




tomorrow ak ke ukm coz isnin perlu uruskan hal master....c u again,.wassalam..
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy