RSS
Hello! Welcome to this blog...

REunion STK Batch 2003



Salamx kepada semua rakan-rakan. Entry blog kali ini ditujukan khas buat semua Ex-students Sekolah Tinggi Kluang @ Kluang High School @ STk bagi batch 1999-2003 , SPM 2003, PMR 2001 atau sesiapa sahaja yang termasuk dlm golongan tahun kelahiran 1986 & 1987 (PTS) dan menamatkan persekolahan pada SPM 2003.

Terdapat banyak permintaan dari rakan-rakan untuk saya memulakan gerak langkah menganjurkan reunion bagi batch kita. Memandangkan mungkin batch kita sudah ramai yg bekerja mahupun baru sahaja tamat pengajian atau masih belajar adalah masa yang sesuai kini untuk kita bertemu dan berkumpul semula setelah hampir 6 tahun meninggalkan STK.

Untuk melaksanakan program ini agak sukar sedikit memandangkan rakan-rakan kita yang berada di seluruh Malaysia malah ramai yang masih berada di luar negara.

oleh itu masa yang panjang diperlukan untuk mengumpulkan seberapa ramai yang boleh menghadiri majlis ini juga mengumpulkan dana bagi melaksanakannya.

Untuk permulaan, dicadangkan majlis ini diadakan di STK memandangkan ialah adalah lebih nostalgia berbanding tempat lain. Cadangan tarikh kira-kira dalam bulan disember.

Apapun semuanya masih dalam perancangan. Dan saya memohon rakan-rakan sekalian memberi perndapat terutama bagi tarikh dan tempat bagi menganjurkan majlis ini. sila berikan komen anda dengan menekan link comment di bawah post ini..

maklumat lanjut akan diberikan dalam blog ini setelah pungutan suara dan pendapat dilakukan..

salamx

STK`MUST LEAD!


 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy