RSS
Hello! Welcome to this blog...

PM terperangkap dalam lif



mcm2 yg berlaku kepada tokoh2 politik dan petadbiran tanah air kita nih...setelah isu sultan Johor ni pasal pak lah pula.

Perasmian majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya terpaksa ditangguhkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di situ.

Turut sama terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.

Disebabkan insiden tersebut, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas itu. Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.

Majlis tersebut yang sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.

Beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bekejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.

Menurut sumber, Abdullah kelihatan tenang meskipun terperangkap di dalam lif.

"Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut," kata sumber itu.

Bagaimanapun, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut.

Ketua Pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.

Ekoran kejadian itu, Abdullah tidak hadir bagi merasmikan projek tebatan banjir Sungai Damansara di pejabat tapak projek RTB Sungai Damansara petang tadi.

 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy