RSS
Hello! Welcome to this blog...

Relevannya Keputusan SUltan Perak...


Baru sahaja sebentar td Pejabat Sultan Perak telah mengeluarkan kenyataan media berhubung perlunya MB Besar Perak Ir. Nizar meletakkan jawatannya sebagai MB Perak dan seterusnya membolehkan BN membentuk kerajaan negeri baru.

walaupun beliau telah memohon perkenan sultan bagi membubarkan DUN tetapi perkara tersebut tidak diperkenan. Hal ini boleh dilihat dari beberepa perspektif dan implikasi:

1. Jika Pilihan raya DUN diadakan, hal ini akan menyebabkan rakyat Perak perlu keluar semula untuk mengundi kesemua ADUN baru. Keadaan ini sudah tentu akan menyukarkan rakyat itu sendiri

2.Pilihan raya baru mempunyai byk kemungkinan antaranya, Pakatan rakyat yg terdiri dari DAP, PAS dan PKR akan memenangi pilihan raya atau BN memenangi pilihan raya. juga terdapat kemungkinan tiada pasrti yg mendapat majoriti mudah dan seterusnya perlu diwujud kerajaan campuran antara BN dan Pakatan rakyat. hal ini adalah lebih membimbangkan berbanding keadaan sekarang malah kestabilan kerajaan negeri ibarat di hujung tanduk kerana kebarangkalian untuk kedua-dua kepimpinan pakatan rakyat dan BN berkompromi membentuk kerajaaan adalah rendah.

3.Pilihan raya baru akan menyebabkan kedaan negeri lebih kucar kacir kerana semua perlu bermula dari "o' sedangkan jika hanya tampuk pemerintahan yg bertukar ia hanya melibatkan penukara "gaya atau style" kempimpimpinan dan insyaAllah kerajaan BN yg baru ini mesti berazam untuk menjadi lebih baik dari kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini atau sekurang-kurangnya lebih baik dari pemerintahan BN sebelum ini.

4. Tanpa pilihan raya baru, rakyat dapat menilai 2 kerajaan dalam seretak tanpa melakukan 2 pilihan raya. ralyat dapat membandingkan 2 kepimpinan dan sudah tentu akan menjadi kayu pengukur di PRU-13 nanti.


apapapun sebagai kesimpulan pendapat aku yg tidaklah seberapa dari seorang insan yg memerhati dari luar, keputusan sultan adalah berbalik kepada kebaikan yg akan diterima rakyat jua. thn ini genap 25 tahun baginda memerintah perak lebih lama dari kewujudan pakatan rakyat itu sendiri. Maka baginda lebih mengetahui tentang rakyatnya sendiri berbanding kepimpinan pakatan rakyat hanya tahu membuat perhimpunan dan hanya muncul di hujung masa. sesungguhnya semua ini hanya bertitik tolak dari seorang "pencanai politik" yg kononnya membuat "come back" namun apa yg dapat dilihat promosi roti canainya hanya tinggal promosi... rakan-rakan pencanai politik seperjuangan sudah mula sedar resepi roti canai yg dibuatnya dan juga mereka byk kepincangan dan oleh itu barulah keadaan ini berlaku.

akhirnya, tidak kira kini dan akan dtg siapa yg memimpin, marilah sama2 kita berdoa agar Malaysia ini akan terus dirahmati Allah hingga ke akhirnya nanti. Amin.
 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy