RSS
Hello! Welcome to this blog...

Hampir Ke penghujung.....bahagian 1




Tarikh konvokesyen telah pun secara rasmi dikeluarkan...15 ogos 2009 hingga 19 ogos 2009...erm...maka ak hampir ke penghujung perjuanganku untuk mencapai impian ku sejak kecil mendapat ijazah sarjana muda. namun detik penghujung ini merupakan suatu permulaan kepada dunia baru yg lebih byk asam garamnya..InsyaAllah aku bermohon kepada yag Esa untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Sains Politik di UKM. Amin.

Sepanjang hampir 4 tahun aku di UKM dalam bidang Sains Biologi, byk pancaroba yg aku hadapi..malah bagi ak amat2 meberi byk pengalaman yg sangat2 berharga... ak bermula di tahun 2005 mendaftar di Kolej Tun Hussein Onn yg menjadi rumah keduaku hingga kini..merakamkan pelbagai nostalgia.

tahun pertamaku , ak diuji dengan pelbagai penyakit hingga ak terpaksa menagguhkan pengajian ditambah pula diriku yg agak "down" memandangkan keadaan kesihatan ak yg tidak memusakan ak terlepas peluang melanjutkan pengajian ak di United Kingdom bersama rakan2 sekelasku dalam bidang pendidikan kimia......sgt2 mengecewakan aku...hampir 8o% rakan2 sekelasku di High School Kluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku jua di tanah air ini....hati siapa yg tidak sedih..bukan aku tak layak, namun dugaan kesihatan aku yg tidak baik membataskan diri....hinggakan PLKN pun ak dapat pengecualian..reda jer lah ea...

tahun pertama ak dh tangguh pengajian, so automatiknya ak kurang kwn yg satu batch dgn aku..pyh jugaklah nk mulakan hidup di u nih...dhlah aku yg masih kurang bersemangat...namun dgn sokong best fren dan keluarga dan rakan2 satu program aku berjaya harunginya..berjaya mengembalikan identiti dan kekuatan aku yg pernah aku hilangkan.

ak semakin kuat dan kembali aktif seperti diriku yg sebenar sebelum ini. Alhamdulillah. Ak jugak dikurniakan ramai rakan yg baik dan byk membantu hinggalah kini... byk pancaroba yg ak hadapi.....masalah persahabatan adalah antaranya....masalah major ak di tahun 2....disebabkan gunting dlm lipatan, aku didengki dan dipulau....namun, keikhlasan adalah segalanya......dan semuanya kembali normal seperti sediakala.....terima kasih kepada Wan,ejat, siti,amir dan anis ..hingga kini kita masih akrab seperti dulu......terkadang saat2 indah masih tergambar dlm mindaku..kini semuanya bersama2 akan bergraduat...Alhamdulillah.


tidak cukup dengan tamparan si gunting dlm lipatan....ak dijuji lg dengan sahabat yg pernah ak anggap sahabat baikku....malah mungkin seperti keluarga ku sendiri.. bukan sahaja dari segi sokongan motivasi kuberi, kewangan malah mindaku sendiri diuji olehnya. sikapnya yg amat keterlaluan hinggakan ak sendiri tidak percaya dia berperilaku serupa dengan kaum luth sediri. hinggakan ak terpaksa mengorbankan kepercayaannya demi mengubahnya menjadi seroang muslim yg baik dan menggelakkannya "ditimbus Allah dengan bumi yg terbalik seperti yg berlaku pada kaum luth dahulu"....keadaan ini sgt2 menguji ak......menguji thp kekauatan diriku...aku merasakan lebih dekat bersama Allah......mungkin ini hikmahnya....

ak mulakan tahun 3 dengan lebih yakin dan bersemangat......penglibatan aku dalm semua aktivti di kampus membuatkan ak terkenang zaman sekolah aku..aku dapat menabur pengalamanku, memimpin pelbagai organisasi serta mematangkan diri dengan pengajaran dari pengalam baru yg aku perolehi. ak meluaskan kenalan aku dikalangan pelajar baru yg sudah tentunya berbeza pemikiran dan kematangan yg turut mengajar diri untu lebih terbuka dalam bekerja dan bersama mereka.....Farah,Moon,Bell,Aini,Shima,Shiqin,Merry,Farah Kecik,Yop,Zeti,ana, Wani....dan byk lagi antara ygmewarnai tahun 3ku........pelbagai masalah dihadapi seiring kematangan diri masing2......this is campus life yg kelak memang tidak akan ak lupa......Tahun 3 atau paling tepat tahun2 (sebab tangguh pengajian) turut menyaksikan rakan2ku grad kesemuanya..tersemat dikalbu utk memastikan aku menjejaki langkah mereka seterusya.....akan bersambung .............>>>>



 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy