RSS
Hello! Welcome to this blog...

BeradA di Tanah yg Sama..Bernafas Dengan Udara Yg Sama.....












Hahahah....mesti korang tertanya mengapa tajuk post blog ak kali ini mcm lain macam bunyinya ...kalo x tertanya pun ak bgtawlah hahaha....itulah antara dialog popular dalam Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang....yg ak tonton bersam kwn ak Hafiz dr UM n Iman Hayat dr UTM JB.

Ya...tepat jam 6pm, ak melangkah keluar dari Panggung Sari Istana Budaya setelah hampir 3 jam menonton PGl.....Frust...itulah kata2 yg dapat diluahkan.....ba gi ak PGL siri 3 ini tidaklah begitu "BOOM" seperti yg dikhabarkan....mungkin bagi mereka yg baru pertama kali menonton will give thumbs Up! but for me no Thumbs Up..sekadar 3 star from 5star...PGl yg diterbitkan oleh Tiara di bawah Enfiniti Productions tidak mampu menyaingi Teater Muzikal keluarannya yg kedua, P.Ramlee The Musical. Aspek latar atau props, lagu2, pelakon, dialog amatlah kurang memuaskan...Props yg berulang2 dan hanya berpusing2 posisinya menyebabkan penonton yg dahagakan kejutan menjadi kebosanan....lagu2 yang yang disusun skor muziknya menarik dan bersemangat namun tampak pudar hasil dari liriknya yg agak berat bahasanya serta kurang jelas dinyanyikan....dialog juga menerima nasib yg sama hinggakan terpaksa membaca sarikata berbahasa inggeris yg disediakan..barulah diketahui apa yg diperkatakan...
Jalan cerita yang agak kosong serta meleret menunjukkan kurang kekuatan dari segi plot ceritanya seperti yg kita ketahui dari versi asal Puteri Gunung Ledang sejak kita kecil lagi..

Namun, pujian harus diberikan kepada unsur "sihir" atau "magic" yg mampu mengilangkan pelakon dan muncul pula pelakon ditempat lain...juga elemen kejutan seperti percikan api "bom kecil" di atas pentas agak mengkagumkan untuk dilakukan di pentas seni budaya ini.

apa yg ingin ak katakan disisni bukanlah ingin mengkritik namun sebagai pencinta seni budaya perlulah dilakuakn perubahan agar PGL ini dapat diangkat sebagai Teater Agung setaraf BROADWAY di US dan PHANTOM OF OPERA yg hingga kini setlah berpuluh tahun masih ditayangkan.....tidak dinafikan, sekalung tahniah dan penghargaan kepada Tiara dan angkatan PGL yg telah mengembalikan nostalgia bangsawan yg telh lama dilupakan...Kerana PGL, industri teater bertambah rancak dam menarik untuk diikuti.....Byk pementasan yg akan dilakukan sepanjang tahun 2009 ini, antaranya, Cuci, CicakMan dan byk lagi yg sudah tentu akan mengudang pelbagai reaksi...
apapun sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga kerana memiliki karya seni yg agung...


 
Copyright 2009 Paradise. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy